Kempen Anti Flourida

Tadi melawat laman web PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)
ada kempen mengenai anti flourida. Hmm... dah berapa lama kita memberus gigi dengan
ubat gigi yang dibuat dari bermacam bahan yang berbahaya.
Bila difikirkan, elok kita kembali menggunakan kayu sugi, berus asli lagi tidak merbahaya..
Contohnya kayu miswak haleemi, banyak lagi dipasaran. Bermacam jenis dan jenama..
Harganya pun murah je.. boleh dapat dalam RM1.00 hingga RM2.00...
Lagi menjimatkan kerana tak perlu beli ubat gigi. Tambahan pula ada banyak khasiat.
Saya sendiri pernah sembuh dari sakit gigi, setelah guna kayu sugi.
Di entry lain, saya akan tuliskan mengenai kelebihan kayu sugi dan bersugi.InsyaAllah
Kelebihan Bersugi.
* Solat dengan bersugi lebih baik daripada 70 rakaat solat yang tidak bersugi.
* Menyucikan mulut dan gigi.
* Mendapat keredaan Allah.
* Mencergaskan otak.
* Mencerahkan mata.
* Melambatkan tumbuh uban.
* Mengurangkan bongkok dan sakit buah pinggang.
* Melipatgandakan pahala.
* Mengingatkan dua kalimah shahadat ketika hampir mati.
Dan tadi singgah kat Harian Metro.. jumpa pasal bersiwak ni.. so blh la tambahkan lagi pengetahuan..
Boleh klik gambar kt bawah untuk ke sana..
Pembersihan gigi dan mulut menggunakan kayu atau ranting dari pohon arak (salvadora persica) berlaku sejak berkurun yang lalu, kerana ia kaya dengan serat dan khasiat bagi kesihatan mulut dan gigi.
Justeru itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dilaporkan mempromosikannya bagi kegunaan pembersihan mulut.
Kajian mendapati kayu sugi daripada pohon arak mempunyai kelebihan secara semula jadi. Penyelidikan Dr Otaybi dari Arab Saudi membuka era baru terhadap kajian kayu terbabit, apabila menemui kesan sangat positif terhadap sistem kekebalan badan.
Malah, penyelidik lain mendapati ia mempunyai kesan baik bagi kesihatan terutama dalam proses antiketagihan perokok, sama ada untuk tujuan penyembuhan atau pencegahan, selain bahan antiseptik, astringen, pencuci dan dan fluorida (bahan penghalang kerosakan dan kereputan gigi). baca lanjut....

