Jumaat, 1 Mei 2009

HomeSchool


semalam... jalan2 ke blog sitisifir10, slalu singgah ke blog dia, suka dgn entry yg ada..
so masa singgah tu jumpa mengenai homeschool dan seterusnya membawa saya ke banyak lagi blog yang berkaitan dengan homeschool ni..

dan saya juga telah dapat seorang kenalan baru, Rizza, yang sudi bercerita dan berkongsi pengalaman tentang homescholl. Anaknya juga berusia 4 tahun,tapi dah pandai macam2.. boleh jenguk blog dia utk tahu lebih lanjut.

Keterujaan saya mengenai homeschool ni dah lama, rasanya saya penah study gak skit, tapi terbantut kerana ketika itu, saya tk menemui sources yang betul. Saya juga berhasrat utk laksanakan homeschool ni kepada 2 orang pertama hati kami ni, lebih-lebih lagi dengan ada panduan dan rujukan dari blogger mommies.. boleh rujuk Malaysia Homeschool Unite

Langkah pertama, saya perlu buat jadual dan silibus secara draf dulu, supaya lebih teratur dan dapat fokus kepada apa yang nak dilaksanakan.
Langkah seterusnya, nak kemaskan bilik bacaan yang ada supaya lebih ceria dan sesuai untuk anak-anak belajar. Kumpulkan alatan belajar yang sedia ada.
Dan langkah yang paling penting, saya harus disiplinkan diri sendiri dan anak-anak supaya setiap hari mesti ada sesuatu yang baru dapat diajar dan dipelajari...kena buat rekod prestasi gak ni, terutama untuk yang tukang ajar..hehe.. InsyaAllah.. semoga berjaya laksanakan.

Jadi pasni boleh berhentikan kakak dari tadika, belajar dengan umi je. Boleh jimat dah RM or mb papa boleh pass yuran tu kat umi..ekekek.. sekurang-kurangnya, lagi bertambah semangat umi nak buat homeschool ni, boleh beli alat bantu mengajar(ABM) dan macam2 lagi la bila ada dana ni.


0 ulasan: