Rabu, 22 April 2009

Macam tongkah pecah



Hari ni nk citer pasal aktiviti anak-anak di kala ibu mereka melelapkan mata seketika, kerana terlalu letih so qailullah sekejap. Tak sampai 10 minit pun, buka je mata, mengucap umi nya. Melihat hasil aktiviti dan gerak kerja bersama 2 beradik semasa umi mereka berehat dalam masa 10 minit tu. Hasilnya,
  • semua baju kakak dalam laci dia keluarkan dan disusun cantik bertaburan atas katil
  • mainan-mainan diselerakkan disegenap ruang bilik tidur
  • basikal kakak dan kereta si adik pun ada dalam bilik
  • buku sekolah kakak pun dah tak berada dalam beg
  • barang-barang mainan dalam stor pun diangkut keluar
hmm... gembira sungguh anak-anak beraktiviti masa umi rehat ye.. biasa tak dapat nak lena pun kalau anak-anak tak tido sama, tapi hari ni kerana terlalu perlukan rehat, terlena jugak dalam kerisauan. Bukan apa, risau juga ntah apa mereka buat, kalau setakat selerakkan rumah ok lagi. Abe kata, agaknya anak-anak memang nak je buat aktiviti tu masa uminya tak tido, tp takut kena marah, so bila umi tido, tu la masanya mereka buat aktiviti kesukaan dengan bebas..

Rumah masa ada anak kecik ni memang susah nak maintain dengan keadaan tersusun. Boleh la tahan 10 minit kot, pastu ada je yang dipunggah, diselerakkan nanti. Takpe lah, masa kecik ni je mereka buat semua tu. Nak dilarang, ditahan dari mereka bermain tak boleh jugak.. Selalu dengar orang kata jangan amal perkataan JANGAN, TAK BOLEH dsb yang negatif pada anak-anak, kelak boleh membantutkan perkembangan dan kecerdasan, kecergasan mereka. Dalam beringat pun sering kali jugak guna perkataan tu..

Teringat satu game show utk kanak-kanak.. lupa lak apa nama game show tu.. Antara segmen permainan dia ada kena pecahkan tembok kertas untuk cari jalan keluar, kanak-kanak umur antara 3-5 tahun je dalam game tu.. so bila tiba satu team ni untuk beraksi.. mereka duk diam je dan tak berani nak cari jalan keluar dengan pecahkan/koyakkan tembok kertas tu.. macam teragak2 je walaupn mummy diorang suruh.. dan bila masa dah tamat. Pengacara tanya nape tak pecahkan/koyakkan, mummy diorang jawab.. agaknya sebab saya selalu larang diorang usik barang-barang dalam rumah, so terbawa-bawa kat luar dan game ni pun diorang tak berani nak buat apa-apa..

Selalu kita hanya dengar pesanan dan nasihat dari pakar psikologi kanak-kanak menerusi artikel dan sebagainya tentang pentingnya mengurangkan atau sama sekali tak guna perkataan JANGAN, DON'T dan seangkatan dengannya. Dan dari game tu saya sendiri dah dapat lihat kesan bila kita selalu guna perkataan tu.. anak-anak akan letakkan satu tembok dalam fikiran mereka, tak boleh itu ini, dan dalam tidak sedar kita juga dah menyekat proses perkembangan dan mengurangkan sifat ingin tahu, ingin cuba, ingin merasa, ingin beraksi..

Ingatan untuk saya juga, sama-samalah kita kurangkan perkataan jangan, don't atau apa-apa yang membawa maksud larangan. Nak larangpun cuba guna pendekatan yang lebih positif dan mendidik. rasanya banyak artikel, rencana yang tulis pasal ni, cuma nak amalkan tu kena mujahadah dan istiqamah + sabar tahap tinggi melayan kerenah anak-anak..

Selalu ingat ngn pesanan abe, anak-anak ni masa kecik je mereka selalu nak dekat ngan kita. Bila dah semakin besar, semakin mereka jauh dan masa pun makin kurang bersama, mereka akan bahagikan masa dengan sekolah, kawan-kawan dan macam-macam lagi..
So kena guna masa sebaiknya bila anak masih dekat ngan kita..hmm.. bila macam ni, rasa cepat betul masa berlalu, sekarang kakak dah ke sekolah jam 8.30 - 12.00 dia dah tak duduk dekat ngan umi, tapi bersama cikgu dan kawan-kawan.. baru tadika, belum lagi sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti. sekolah rendah zaman sekarang pun budak-budak dah ada kelas tambahan seawal tahun 1 lagi.. oh anak2ku..cepat betul kalian membesar..

0 ulasan: