Khamis, 16 April 2009

Kakak Ke Sekolah

Hari ni baru nak citer mengenai persekolahan kakak,
sebenarnya kakak dah ke sekolah hari Isnin yg lalu @ 12 April 2009,
Dah lama dia suarakan nak ke sekolah setiap kali bangun dari tido,
tp camne nk g sekolah kalau bangun pun dah pukul 10 pagi..alahai anakku sayang.
Cuma pada 12 April tu lah terlaksana impiannya nak ke sekolah,
kebetulan dia bangun awal pagi tu, kebetulan jugak papa tak ada urusan.
So tiba-tiba je papa ajak jom p sekolah...
Dengan bersemangat, kakak ajak umi mandikan dia.
Gembiranya bukan main lagi, suruh cepat2 siapkan dia, pakaikan baju dan sebagainya.

TADIKA DIDIK PINTAR nama tadika pertama kakak. Yuran agak mahal jugak RM300
utk perdaftaran, bayaran buku dan yuran bulan pertama. Yuran bulanan RM60.
Tadika ni area taman perumahan kami ni je, dekat, hantar ngan moto je.
Cikgu tadika ada jugak sediakan van, kena tambah RM10/bulan.
Takpelah, utk awal ni, umi@papa je yang hantarkan dulu.

Nak jadi cerita, harini kakak meragam tak nak ke sekolah.
Paginya dah bersiap, umi siap gosok baju baru kakak, ragam dia bermula dengan mahu dihantar dengan kereta dan tak nak naik motor macam biasa. Papa ikut je permintaan dia, hmm.. tapi bila sampai je depan tadika, dia tak nak turun pulak. Akhirnya pulang semula ke rumah. Setelah ikut papa pegi beli makan pagi, hari ni papa beli nasi lemak dan roti canai.

Tanya jugak pada kakak, naper tak mahu ke sekolah, puas dipujuk tak jugak dijawab. yang dia sebut hanya 'tokse g skoloh'. Kami fikir, kakak mungkin tak biasa dengan suasana pembelajaran dan persekitaran di luar dari rumah, mungkin tak biasa dengan loghat dan bahasa orang Kedah, atau duk kat rumah lagi best bagi dia.. terutama minat dia ngan laptop, internet, dan boleh kenak (kacau) adik. Tension dia kat sekolah ketara bila dia selalu mengigau dalam tido, tak kira tido siang@malam. Kesian lak kat kakak, tension sgt ke kakak bila pegi sekolah?

Mengikut cerita papa, hari pertama dia di sekolah dia dikerumun budak2 lelaki..
masa umi hantar pun kakak disambut meriah oleh kawan-kawan dia, mungkin sebab tu juga dia tak selesa, lagi pula, dia je satu-satunya pelajar perempuan yang pakai tudung.
Entah la kakak, sampai sekarang umi dan papa pun tak tahu kenapa kakak tak mahu g sekolah.
Takpe, kita lagi Ahad nanti.. harap kakak nak ke sekolah semula, papa dah pun bayar RM100.Takkan nk burn camtu je. Pegi sekolah ye sayang, nanti boleh jumpa cikgu Na, cikgu Liza dancikgu Ila, jumpa kawan2, belajar macam2 kat tadika.

Apa yang menarik kami hantar kakak ke Tadika Didik Pintar ni kerana femes dengan
keberkesanan pembelajarannya mengajar membaca, dan belajar Iqra'. Jiran yang suggest tadikani, sebab anak dia pun pernah dihantar ke sana. Umur 4 tahun dah boleh membaca rumi danlancar Iqra'. K, kat bawah ni gambar kakak kepenatan setelah buat keje rumah dan terus tertido


0 ulasan: